Tips Rawatan IVF Yang Berjaya – Jenis Rawatan Kesuburan di Malaysia

Sudah mengikhtiarkan bermacam-macam petua dan tips IVF, tetapi masih belum ada rezeki hendak mendapat zuriat? Patutkah anda menerima rawatan di klinik rawatan kesuburan Malaysia? Adakah prosedur untuk rawatan dijamin selamat dan tidak membebankan dari segi kewangan?

Hampir pasti setiap pasangan yang sudah lama berumah tangga semestinya akan menanti-nantikan kedatangan ahli baru dalam keluarga kecil yang baru dibina ini. Walaubagaimanapun, terdapat juga segelintir pasangan yang mempunyai masalah atau kesukaran untuk menimang cahaya mata setelah pelbagai cara dan petua telah dilakukan untuk mencapai hajat tersebut.

ivf malaysia

Berdasarkan pengalaman IVF, anda harus menitikberat tentang kesihatan dan mengubah kepada gaya hidup yang lebih sihat. Syukur pada zaman teknologi perubatan yang semakin berkembang maju dari hari ke hari, pelbagai alternatif rawatan kesuburan telah memberi sinar harapan untuk meningkatkan kadar kehamilan.

Jenis Rawatan Kesuburan di Malaysia

Anda boleh mendapat rawatan kesuburan di Malaysia di Klinik Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Selain itu, terdapat sesetengah klinik rawatan kesuburan kerajaan atau hospital swasta yang menyediakan kemudahan yang mencukupi.

rawatan ivf

Rawatan kesuburan akan dilakukan secara berperingkat dan bergantung kepada masalah yang dihadapi oleh pasangan tersebut. Namun, rawatan kesuburan lazimnya merangkumi:

1. Ubat Hormon

Alternatif ini merupakan salah satu kaedah perubatan moden yang sering dipraktikkan untuk memastikan proses IVF yang berjaya. Kaedah ini sememangnya amat popular dengan nama komersialnya, Clomid.

Ubat hormon ini dapat membantu wanita untuk menghasilkan telur ovum pada peringkat ovulasi semasa kitaran haid secara berkesan dengan peningkatan pada rembesan hormon FSH dah hormon LH.

Kebiasaannya, doktor pakar akan mengesyorkan kaedah ini sekiranya wanita tersebut mempunyai kitaran haid yang tidak konsisten atau salah satu pasangan  mempunyai masalah kesuburan. Untuk memastikan rawatan IVF berjaya, doktor pakar juga akan mengesyorkan agar ubat hormon pada hari ketiga haid selama 5 hari.

Dalam proses pengambilan ubat hormon, pesakit juga akan mengalami beberapa kesan sampingan seperti perut kembung, dan rasa ketidakselesaan semasa melakukan hubungan intim.

rawatan kesuburan

2. Teknik IVF

Kepada yang baru mengenali dengan rawatan kesuburan, anda mungkin tertanya-tanya, apa itu IVF? Secara amnya, rawatan IVF dilakukan dengan mensenyawakan telur ovum dengan sperma di dalam makmal.

Seterusnya, embrio yang terhasilkan akan dipindahkan ke dalam rahim wanita. Teknik ini juga sering menjadi salah satu pilihan kepada pasangan yang ingin menimang cahaya mata dek kerana harga IVF di Malaysia yang lebih mampu dan mempunyai risiko yang rendah.

Untuk memastikan penghasilan embrio yang terbaik, telur ovum dan sperma seharunya perlu berada di tahap yang berkualiti dan ideal. Secara asasnya, rawatan ini terdiri daripada 4 langkah utama yang melibatkan persenyawaan telur wanita di dalam makmal. Proses tersebut adalah:

  1. Rangsangan dan Pemantauan – prosedur IVF melibatkan penggunaan lebih daripada satu telur ovum yang akan disenyawakan dengan sperma. Kaedah ini akan meningkatkan kadar peratus untuk hamil.
  • Prosedur Pengeluaran Telur – Setelah jumlah telur yang telah terhasil mencukupi, doktor akan mengekstrak telur tersebut dengan prosedur yang dipanggil aspirasi folikel. Prosedur tersebut merupakan pembedahan kecil yang melibatkan penggunaan ubat bius.
  • Proses Persenyawaan – Setelah telur diekstrak keluar, ia akan disenyawakan dengan sperma. Jika tiada perkembangan dari segi penghasilan embrio, doktor pakar akan memilih untuk menggunakan kaedah suntikan sperma atau lebih dikenali ICSI.
  • Proses Implantasi – Apabila embrio sudah cukup matang, ia akan dipindahkan ke dalam rahim wanita. Kehamilan akan berlaku sekiranya embrio tersebut berjaya melekat pada dinding rahim, di mana akan mengambil masa di antara 6 sehingga 10 hari.